Tuesday, December 7, 2010

Ingin memiliki rumah idaman anda?


salam (1) malaysia :
kami mempunyai kepakaran di dalam urusan pinjaman bank, lawyer dan urusan jual/beli rumah. kami menawarkan khidmat rundingan tanpa mengenakan sebarang bayaran pendahuluan atau deposit, sebarang kost akan ditolak selepas urusan jual beli selesai. kami sedia membantu anda untuk mendapatkan package bank yang terbaik dan 100% pinjaman perumahan. sebarang pertanyaan sila sila hubungi kami. 

Mohd Adi 
Property & Financial Consultant.
CIMB, RHB, PUBLIC BANK, AFFIN BANK, HSBC, MAYBANK.

Perunding Keewangan dan Hartanah.


Saya baru ditanya oleh seorang pembeli yang ingin membeli rumah di damansara, ( sebagai mortgage and financial consultant ), apa yang kami lakukan?
  1. Kami merupakan ‘consultant’ bagi kedua-dua pihak penjual dan pembeli.
  2. Memberi nasihat kepada pelangan kami berkenaan prosedur yang perlu dipatuh, pinjaman yang sesuai, masalah-masalah yang biasa berlaku khususnya kes-kes tertentu yang jarang diketahui oleh penjual.
  3. Memberikan maklumat penyelesaian yang sesuai bagi rumah-rumah yang bermasalah dari segi hak milik, kes pusaka, pemilikan ramai dan macam-macam lagi.
  4. Kami menjalankan aktiviti marketing melalui kaedah-kaedah yang sesuai untuk rumah-rumah tertentu. Ini merupakan kepakaran kami yang paling penting.
  5. Kami menasihati pelanggan kami berkenaan harga pasaran semasa dan harga yang sesuai untuk hartanah yang hendak dijual.
  6. Kami menasihati pelanggan kami berkenaan persediaan yang perlu dilakukan oleh penjual terhadap hartanah yang hendak dijual.
  7. Membawa pembeli untuk melihat hartanah yang hendak dijual.
  8. Kami membantu mendapatkan anda interest bank yang kompertetif. 
  9. Banyak lagi. Nanti saya update. Skang ni ada kerje skit.

Saturday, December 4, 2010

Bajet 2011 ( Pinjaman Rumah 100% )


Kerajaan memperkenalkan ‘skim rumah pertamaku’ melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.
Skim itu menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
“Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama berpendapatan isu rumah kurang daripada RM3,000 sebulan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.
“Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahulun, seperti amalan lazim,” tambahnya.
Pada masa yang sama, tambahnya, pembeli rumah pertama juga diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus di atas surat cara pindah milik rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000.
“Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.
Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan juga akan memperbaiki lagi syarat-syarat untuk pinjaman perumahan bagi kakitangan awam, dengan:
1. Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.
2. Menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi kumpulan sokongan dua; dan
3. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini.
“Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.